Friday, September 21, 2012

SUDAH SEPURNAMA




Sudah sepurnama
Aku jadi tunangan dia
Dia jadi tunangan aku
Dia buat aku bahagia, ketawa, tersenyum, berduka, menangis, kemudian bahagia semula
Harap aku, dia juga bahagia dengan aku
Aku merajuk dia pujuk (tapi dibiarkan dahulu beberapa ketika, heh)
Dia marah aku bersabar
Sedih aku dia hilangkan
Penat dia aku kasihankan (kalau dah kahwin boleh la picitkan, heh gatalkan aku)
Aku belajar kesukaan dia
Dia belajar kegemaran aku
Dia terima aku seadanya
Tapi aku tetap berusaha
dan berdoa
Mahu jadi yang terbaik untuk dia
....................................
Terima kasih Tuhan
Pinjamkan dia lebih lama untuk aku..biar sampai tua, sampai tutup mata..
________________________________________________________________

Ok, finished my puisi. Jiwang kan kite? Haha. I wrote my engagement story a couple of week back, but somehow  malu pulak nak tepek kat sini (walaupun aku tahu, cuma beberapa teman dan kenalan aku saja yang baca blog ni, heh). It's ok let it be in the draft. Kite tulis pon, for the purpose of documenting it, supaya tak lupa memori bertunang :). I've upload the engagement photo in Facebook, but here some of my favorite. Since engagement aku ni temanya berjimat cermat, i didnt hire photog. My BIL je yang snap gambar.
Ok actually aku x suka gambar ni, sebab aku fake smile and control ayu sangat. Tapi rasa macam cun so aku masuk jugak dlm list favret pic hahahaha.
Kesayangan aku. Walaupon aku kadang2 melawan cakap dia (of cos aku rasa menyesal selepas itu), tapi inilah kesayangan aku. Sedih pulak masa type ni. :(
Nek aku. Who doesnt love their grandma, right?
Ilman in my arms. Hahaha his name is also Ilman, my cuz. This boy is my most favret boy before Syauqi was born, and before dia sombong ngan aku skrg. Now still my favret boy, tapi ranking dah jatuh sikit haha sape suruh sombong ngn aku.
My one and only, and bcos of that, she is my favret kakak ipar. Rajin masak, rajin ngemas. Dia mekapkan aku masa bertunang (dah nama majlis jimat cermat, guna je resources yg ada). Kalau muka dah lawa mekap camne pon lawa jugeee hahahahaha.
Aku rindu budak ni. Dah seminggu xde, balik taiping ikut kak ecah berpantang. Rindu sangat *teary eyes*
Sirih junjung ni hasil usaha kakni, mak dan aku. Pukul 10 pagi siap, Majlis pkl 12. Simple aje, tapi aku puas hati sebab buat sndri.
Sila abaikan perlakuan aku di situ. Focus gambar ni adalah nak tunjuk hantaran yg aku buat, dgn bantuan mak, Ila, dan kakni, dan sedikit usaha sepupu aku hanis dan syirah buat riben (aku kena kreditkan semua org). Clockwise, we start with kuih raya, tart nenas aku dan mak buat ngan choc chip cookies order dari Ria, kek lapis sarawak (dayang salhah, originally from sarawak), sirih junjung (sireh belakang rumah je), kain sarung from Jakarta masa aku abah dan ila ke Indo April lalu, fruits, chocolate kakni sponsored, and sejadah. Hantaran tu simple je, tapi aku bangga dan puas hati sebab aku BUAT sendiri
Rombongan tiba. Bakal bapa mertua segak berbaju melayu, bakal tunang (ketika itu bakal) berkemeja saja (tiada dalam gambar), tapi segak juga (amik hati).
Perbincangan bermula. Rupanya wakil pihak dia tu kenalan abah. What a small world right?
Abah bakal melepaskan seorang lagi anak. 25 tahun bela aku,.. *teary eyes again*
Dulu aku tidurkan dia, nyanyikan incy wincy spider untuknya, oh my favret boy!
Ini tunang aku. Jangan kacau yaa *suara lembut tapi amaran ikhlas dari hati. haha*
saat disarungkan. tak berdebarlah. excited adalah. haha.
ok masa ni malu2 sikit
Both abah wearing grey shirt, what a coinsidence :)
Both mak. We both called our parents mak and abah.
His sisters
my sisters. eh syauqi mesti nak ada dalam gambar kami bertiga haha.
My childhood buddy. Gi sekolah rendah naik basikal sama2, sekolah maahad dia partner aku 3 years in a row. Duduk belakang sekali dlm kelas, tapi kitorg selalu excellent. hihi.
The dietitian's cake (physically only, isinya butter cake, and that is fondant there hehe). Aku tak sangka Ilman adalah secute ini. Thank you love! (sila jangan geli dgr aku jiwang).
Close up sikit. :)
Doakan kami. Insya Allah May next year :)