Friday, December 7, 2012

KE MANA KAU HILANG?



Dah 3 orang kawan pm aku kat facebook. Cakap aku senyap sekarang. Facts? Tak lah.. aku macam dulu je. But I think there’s more in life than facebook. Hari2 bukak facebook, tengok gelagat orang, tengok gambar orang, apa orang tu buat, apa orang ni cakap. Kadang2 aku tersenyum sendiri, gelak pon ada. 

Aku rasa aku melalui fasa hidup yang baru sekarang. Eceh. Umur dah 25, dah nak masuk 26 pon x lama lagi. Dah nak kahwin pon x lama lagi, Insya Allah. Maybe aku risau pikir benda2 macam ni, tu yang nampak senyap tu. Truth be told, preparation nak kahwin tak banyak sangat yang dibuat. Risau? Of course. Nak kahwin kurang 3 bulan dari sekarang. Tapi boleh tak nak cakap I am more concerned to life after marriage than the majlis itself. Makin nak kahwin, aku jadi makin sensitive. Tak..bukan dengan Ilman. Dia baik. Very understanding. And now that he is here I am very happy. Thank you love. 

Yang buat aku jadi sensitif ialah sebab aku rasa more attached to my family now, especially ngan mak abah. Aku memang selalu balik, almost every week. Tapi ada sekali bulan lepas 3 minggu tak balik sebab ada urusan lain. Masuk minggu ke 3 tu lepas solat aku duk nangis teringat mak abah. Lepas kahwin, ketaatan aku, hidup aku, apa yang aku buat, semua untuk suami (definitely selepas Allah dan Rasul). Seriously, aku memang looking forward jugak untuk itu. Untuk jadi sorang isteri. Bukan aku taknak. Naaakkk sangat (eh bunyi macam gatal pulak haha).Tapi tu la, aku rasa sedih jugak, untuk jadi kepunyaan orang lain. Confusing kan? Eh? Yang tu nak, yang ni pon nak. Heh. 

Perempuan jomblo is one of my favorite blog. There is one entry that makes me cry. Again. Aih asyik nangis je. Cengeng betul. Tapi aku nangis sorang2 dalam bilik tak kacau orang. Heh.
Apa yang dia tulis, walaupun simple, pengolahannya, ceritanya, betul2 tinggal kesan kat aku. Beginilah adanya. Anak hanya pinjaman. Nanti esok2 aku pon macam tu la agaknya bila ada anak. 

So apa benda yang aku nak tulis ni? Dear friends, don’t worry. I am still here. If u come here, and we hang out, I am still me, like before. Bercerita. Bergelak sakan. Bergurau senda. Kuat makan. Tapi aku rasa, biarlah aku buat semua tu with real person, real life. Tak perlu nak update status kat facebook ‘hari ni aku makan durian crepe nyam2’. Atau ‘rindunyaaa la kat dia’. Atau ‘saya laparrr’. I am enjoying the real life experience makan durian crepe ngan kak aishah kat café KOM. Kalau rindu takyah bagi tau facebook, bagi tau la kat orang yang kita rindu tu. Kalau lapar pergi cari makan, facebook bukan boleh bagi kita makan. Heh. 

Till then. Kalau rindu aku, pm/whatsapp/call/sms saje. Atau datang sini. Organize bachelorette party untuk aku. Bawak aku main games kat Genting. Please.. Hehe. 

No comments:

Post a Comment