Saturday, August 27, 2011

TOP TEN LAGU RAYA FAVORITE SAYA

Assalamualaikum.
I've been viewing a lot of other people's blog that love to write about top ten of stuffs. So I figured I should try one. Hihi.
Oh my first top ten entry will be in Malay, baru ada feel ;)
Jadi sempena raya yang bakal menjelang mari kita mulakan siri top ten blog icha dengan TOP 10 LAGU RAYA FAVORITE SAYA (Inspired by this blog while i blogwalking)!

10. Lagu raya iklan EON
This song is legendary! Tengok saja videonya, sangat kelakar hoccay. Sila perhatikan baju raja ema itu.

9. Bersama di Hari Raya -Cenderawasih
Satu hari masa saya tgh drive balik rumah dgn Kakelly dan Jun dgr lagu ni dlm kereta. Dgn yakinnya saya cakap suka lagu raya Feminin ni. Right after that the dj announce the name of the song and singer. I was like huhh? Who the hell Cenderawasih? Serious suara diorg yg flat dan malas2 nak nyanyi tu mcm Feminin. ;) I googled the group and guess what? They are Indian. Wow! Salute!

8. Indahnya Beraya di Desa -Azlina Aziz & Balik Kampung -Allahyarham Sudirman
Oh sukar nak pilih jadi letak dua2. Untuk lagu balik kampong though dia tak specifically cakap balik kampung untuk raya, tapi cukup sinonim dgn balik raya. Info tambahan: Kampung arwah Sudirman ni sebelah je kampung nenek saya kat Temerloh tu.

7. Senandung Hari Raya Untukmu -Dayangku Intan
Hihi kenapa lagu ni ada dlm list? Sebab adik saya Awi suka lagu ni. Ktorg nak gelak dgr sebab dia nyanyi macam tak ada perasaan. Flat and monotone je bunyinya. Best untuk diajuk. 

6. Musafir di Aidilfitri -S Jibeng
Fuhh lagu ni. No word to describe. Bila kau dengar 'Gemaa..' tu kau dah tak terkata dah. Heh.

5. Satu Pagi di Hari Raya -Nowseeheart dan Raihan
Lagu ni menggambarkan suasana raya yang tenang dan sederhana. Muzik dia sederhana, suara raihan dan nowseeheart pon sederhana. Oleh kerana saya suka mari layankan lagu ni!

4. Salam Aidilfitri -Jamal Abdillah
Okay saya sangat suka part Assalamualaikum itu, fullstop!

3. Satu Hari di Hari Raya -M. Nasir
Saya rasa lagu ni ada dlm list favorite lagu raya semua org. Again, its legendary!

2.Nazam Lebaran -Siti Nurhaliza
Nama pon kipas susah mati, haruslah ada lagu siti ko. Vids lagu ni kelakau tgk backup singer lelaki yg bermulut lebar itu hihi. Sesuci lebaran pon saya suka juga. Vids dia ada penari dgn step tarian yg agak hideous haha. Nasib baik ada siti kalau x hancur. 
Oh cantiknya *jatuh cinta*
1. Menjelang Hari Raya -DJ Dave
Lagu raya yang sangat raya. Ko akan rasa perasaan raya yang membuak2 itu bila dgr lagu ni.

Oh hari raya hampir menjelang tiba. Pada siapa yg drive balik kampung, hati-hati memandu. Siapa yg kena kerja, all the best. Kerja dgn tekun. Saya paham kerna saya juga bekerja raya tahun lepas huhu. Siapa yang beraya di perantauan, bertabahlah. At least kamu ada experience yg berlainan. Kalau rajin nnt kite buat entry khas hari raya. ;)

No comments:

Post a Comment