2 hari lepas sebelum pergi office aku tengok Tanyalah Ustaz kat tv9. Ustaz Zahazan, bercerita tentang perang badar (perang nafsu). Ustaz cakap Allah ciptakan nafsu, dan Allah jugak ciptakan akal. Jadi, nafsu sebenarnya adalah untuk diurus, bukan untuk dihapus. Ulang suara, urus! Jadi dalam bulan Ramadhan yang penuh barakah ni, aku sedaya upaya cuba urus satu nafsu yang aku percaya agak susah untuk diurus; nafsu makan. Aku jenis yang tak berkira pasal makan. Aku beli ape yang aku nak, yang nampak sedap kat mata ni. And most of the time it end up in the bin. Alhamdulillah sejak aku berazam nak urus nafsu makan ni, dah tak ada makanan end up in the bin. Quite an accomplishment eh? ;)
Satu lagi nafsu yang aku nak urus adalah nafsu marah. Eh sebelum cerita pasal nafsu marah ni mari kita recall syllabus usrah masa kat kisas dulu. Naqibah aku adalah Kak Sumayyah. Nafsu ni terbahagi kpd 3 sebenarnya; mutmainnah, lawwamah, dan amarah. Ok huraian menurut ingatan aku yang tak berapa dhabit ni macam ni. Mutmainnah ialah nafsu yang tenang, yang selalu mengingati Allah dan sentiasa dekat dengan Allah. Lawwamah pulak biasanya nafsu kita sebagai manusia biasa lah. Kita tahu sesuatu tu salah, tapi tetap rasa nak buat (sebab tak pandai urus nafsu), dan end up menyesal atas perbuatan tu. Akhir sekali, nafsu amarah (pernah dgr kan orang cakap amarah syaitan etc) ialah nafsu yang mendorong seorang buat jahat dan tak rasa bersalah, nauzubillah. Tapi aku google tgk2 blog orang ada yang listkan 7 jenis nafsu. Aku pun x tahu, Wallahualam.
Panjang bebel (sebab tu kawan2 aku selalu cakap ija suka explain banyak2. sorry old habits are hard to kill). Back to story. Sekarang aku berazam mengurus nafsu marah. Ya aku memang dah bertukar menjadi seorang yang agak temper skrg, yang mana aku sungguh malu dgn perubahan aku yang satu ni. Dulu aku seorang yang agak composed dan cool. Bukan la cool mane pon, gelabah2 tu tetap ada. Cool dalam konteks ni ialah tak cepat marah. Nak pura2 marah pon aku x reti. Sebab dulu aku adalah orang yang positif. Ok2 dah2 angkat bakul angkat sendiri astaghfirullah. Tapi betul tau tak tipu. Marah aku adalah equal to menangis. Ye kalau aku marah sangat aku menangis. Tapi aku mmg kuat nangis pon so mute point di situ hehe.
Jadinya bila masa aku bertukar menjadi orang yang kuat sentap ni? Jawapannya adalah bila aku mula bekerja tahun lepas. Aku mula tinggi suara kat orang, tahap tengking2. Aku pernah halau staff aku keluar dari ofis, and I said get lost! At some point (mmg dah sampai limit dia) aku cakap stupid kat orang right in front of their face. Pantang orang buat salah aku nak sentap. Haish kalau traffic jam tu, memang medan menghambur perkataan2 x elok la. Lagi2 kalau ada kereta mcm haram main potong2 line orang, kalau tukar lane x bg signal, etc. Tapi aku x blame siapa2. Aku tak blame company lama aku dulu. Orang yang blame orang lain untuk kesalahan yg dia buat adalah org yg loser bagi aku. So I took all the blame, totally. Sebabnya? Sebab aku x pandai urus nafsu marah aku, dan aku sesungguh-sungguhnya (wah punya la nak ta’kidkan kesungguhan aku kat situ) malu dengan sikap aku yg itu.
Sempena bulan ramadhan yang mulia ni, aku cuba (read: sedaya upaya) kikis sikap cepat marah aku tu. Jangan sentap tak pasal2. Banyak2 sabar. Banyak2 istighfar. Banyak2 diam. Lagi banyak cakap lagi banyak dosa. Aku cuba menjadi ija yang cool dan composed (perasan) mcm dulu. Doakan aku ya?
Satu lagi nafsu yang aku cuba urus adalah nafsu tidur. Kalau zaman dulu2 tengahari je rasa nak tido. Petang nak tido. Pagi x payah cakap la, mmg susah nak bangun. Tapi semenjak dua menjak ni Alhamdulillah bangun agak awal. Lagi2 bulan puasa ni, kan nak kena sahur. So far rasanya mmg aku selalu terjaga sendiri, tanpa perlu dikejut orang (of course alarm hp pon membantu). Lunch break pon, sebab tak makan bulan puasa, aku isi masa dgn buat satu aktiviti besides tidur. Tapi tidur kejap sebelum Zohor tu sunat kan? Correct me if am wrong.
Jadi itulah cerita urus nafsu aku. Aku mintak sungguh2 apa2 benda elok yang aku cuba buat bulan ramadhan ni berkekalan la hendaknya. Untuk kamu2 pon sama la ya. Semoga kita beroleh keberkatan dan rahmat dari Allah.
Rabbana la tuzigh qulubana ba'da idh hadaytana, wahab lana min ladunka rahmah, innaka antal Wahhab.
the coolest man on earth |
p/s entry ni lebih kepada muhasabah diri, so aku guna bahasa yang dekat dgn diri aku. Peace!
p/s 2: aku letak gambar abah sebab abah aku adalah orang yang sgt cool. ija nak jadi mcm abah laa.
No comments:
Post a Comment