COMPARTMENT C ;) |
Saya merindui bilik ini
Bilik terbaik di blok G
Tingkap bilik ini ditinted oleh brother yang menghuni sebelumnya
Terima kasih brother, siapapun kamu, semoga bahagia
Kamu membuat hidup saya ceria, kerana bilik ini tidak panas
Jadi Ida dan Nawa suka sekali dtg ke sini sepulangnya dari kelas
Sambil makan pisang goreng keropok lekor dan air tebu pakcik cafe
Bilik ini berhadapan dgn padang bola,
Juga boleh nampak court tenis dan volleyball
Jadi ia medan terbaik menyanyi lagu tuai padi antara masak, intai 'mereka' antara nampak
(Oh beristighfar di dalam hati atas dosa2 lalu...)
Hujung minggu riuh saya menegur kawan2 yang membasuh kereta di bawah
Kereta saya? Hantar ke car wash saja ;)
Compartment C ini luas sedikit berbanding yang lain
Jadi ia port terbaik makan2 juga
Gosip2, tengok movie, baring2 dgn Ida, Sal dan Nawa
Kaksarah pon pengunjung utama, jika saya tak ke bilik dia
Mimi, Fiza, Miya, Farah, dan Mazu pon kerap muncul muka
We sure have great time before, have we?
Jadi ya, saya merindui tempat ini
Kerana bukan saja ia bilik terbaik, tapi ada banyak memori
Insya Allah akan kembali ke sini,
Bukan bilik ini secara khasnya
Tapi saya akan kembali ke tempat itu
Ke Garden of Knowledge and Virtue
Walaupun tidak kembali ke bilik terbaik
Tapi saya akan selalu dekat dengannya, juga memorinya
;)
p/s hari ini mood menulis dalam bahasa melayu, sambil menanti berbuka mee goreng terbaik dan cucuq udang terbestest dgn housemates fantabulous ;)
No comments:
Post a Comment